Rabu, 20 Mei 2009

SATU KAJIAN KES: ANALISIS LINGUISTIK AFASIA AGRAMATISME

SATU KAJIAN KES: ANALISIS LINGUISTIK AFASIA AGRAMATISME
Chiang Ching Pei
Penyelia: Dr. Rogayah Abdul Razak
Kajian perintis ini bertujuan untuk memberikan deskripsi tatabahasa seorang penutur Melayu yang mempunyai afasia agramatisme dalam konteks perbualan. Sampel pertuturan spontan subjek diperoleh melalui interaksi bebas dalam pelbagai situasi. Rakaman ini dilakukan secara audio di rumah subjek dalam 4 sesi. Sampel bahasa ditranskripsikan dan dianalisa menggunakan Language Assessment, Remediation and Screening Procedures (LARSP). Hasil kajian menunjukkan pada ujaran satu-elemen, ayat kebanyakannya terdiri daripada kata nama. Pada ujaran yang melebihi satu-elemen, didapati terdapat ketidakseimbangan penyebaran yang tertumpu pada ujaran 2-elemen iaitu pada peringkat II, serta sedikit sahaja binaan ayat kompleks dihasilkan. 69.2% daripada frasa yang dibina adalah frasa nama dan klausa jenis negatif mempunyai kekerapan yang paling tinggi, diikuti dengan struktur klausa SV (subjek+kata kerja) dan VO (kata kerja+objek). Subjek menghadapi kesukaran bahasa semasa mencerita di mana banyak ayat tidak lengkap dihasilkan. Subjek menggunakan beberapa strategi untuk menampung kelemahan gramatikal dan semantik dalam perbualan. Didapati topik dan teman perbualan mempunyai pengaruh kepada kekompleksan bahasa yang digunakan. Walaupun profil LARSP hanya terhad kepada 2 tahap, namun kecelaruan gramatikal ini tidak begitu ketara disebabkan oleh ciri idiosinkratik Bahasa Melayu kolokial yang lebih ‘simpleks’ tatabahasanya. Kecelaruan paling ketara bagi subjek adalah pada tahap morfologi dan sintaksis.
Kata kunci: Analisis linguistik, afasia agramatisme
A CASE STUDY: LINGUISTIC ANALYSIS OF A MALAY AGRAMMATIC SPEAKER